Projek BALB diyakini atasi masalah air di Pulau Bruit

0

UNTUK RAKYAT: Uggah (tiga kiri) ketika melakukan lawatan kerja ke Pulau Bruit semalam.

SIBU: Kerajaan yakin masalah air yang dihadapi penduduk di Kampung Bruit dapat diselesaikan apabila projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Pulau Bruit siap kelak.

Keyakinan itu disuarakan Men-teri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas ke-pada pemberita selepas melakukan tinjauan ke projek BALB di Pulau Bruit, semalam.

Menurut Uggah, sejumlah RM55 juta telah diperuntuk bagi melaksanakan projek yang dijadualkan siap dalam tempoh 13 bulan itu.

Katanya, pelaksanaan projek tersebut telah bermula sejak 25 Julai tahun lalu meliputi kerja-kerja pemasa- ngan paip sepanjang 44 kilometer, sistem retikulasi air sepanjang 14 ki-lometer, membina serta menyiapkan tangki yang mampu menampung setengah juta liter air.

Selain itu, projek terbabit turut membabitkan pembinaan tangki aras tinggi (1.6 juta liter) dan stesen penggalak air (2.6 juta liter).

“Apabila projek tersebut siap ke-lak, ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 9,342 orang penduduk meli-batkan 13 buah kampung,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong merupakan menteri yang dipertanggungjawabkan bagi me-mastikan kelancaran pembinaan projek terbabit.

Pulau Bruit yang terletak di Daerah Daro dalam Bahagian Mukah merupakan antara kawasan yang terjejas akibat kemarau pada Ogos lepas.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah turut melakukan tinjauan ke pro-jek pembinaan bangunan baharu Seko-lah Menengah Kerajaan (SMK) Semop.

Pembinaan yang bermula sejak 14 Jun lalu dengan kos kira-kira RM39 juta dijangka siap dalam tempoh 24 bulan. Ia melibatkan pembinaan 12 buah bilik darjah, bangunan asrama yang menempatkan kira-kira 600 pelajar serta 12 unit rumah guru.

“Selepas projek ini siap, ia dijangka mampu menempatkan kira-kira 760 pelajar,” ujar beliau sambil menambah, projek tersebut ber- jalan lancar.

Sebelum projek itu dilaksanakan, pelajar sekolah menengah di kawa-san terbabit meneruskan pengajian mereka di sekolah-sekolah mene-ngah berhampiran termasuk di Daro, Belawai dan Sarikei.