15 mangsa pesawat ‘terhempas’ diselamatkan

0

LATIHAN: Anggota JBPM Limbang dan Bomba Lapangan Terbang Limbang terlibat dalam latihan kebakaran di Lapangan Terbang Limbang kelmarin.

LIMBANG: Aktiviti menyelamat seramai 15 orang mangsa dalam kejadian pesawat terhempas di kawasan Lapangan Terbang Limbang di sini kelmarin antara suasana panik yang boleh disaksikan orang ramai pada latihan kebakaran anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Limbang.

Latihan pantas yang dijalankan anggota-anggota JBPM Limbang itu merupakan beberapa teknik dan kaedah menyelamat yang dilakukan sekiranya berdepan dengan senario tersebut.

Aktiviti menyelamat dilakukan sejurus anggota bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.

15 pagi daripada pihak Jabatan Bomba Lapangan Terbang Limbang sebaik kejadian lakonan pesawat terhempas yang meli- batkan 15 orang mangsa.

Selain bomba, agensi-agensi lain yang terlibat dalam latihan kebakaran itu termasuk Jabatan Meteorologi Limbang, Hospital Limbang, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Daerah Limbang.

Ketua Balai Limbang, Awang Mohamad Farbu Abdul Hamid berkata kerjasama agensi-agensi terlibat memberi latihan respons dan tindakan penyelamatan sekiranya berlaku kejadian kecemasan bagi persediaan awal kemungkinan kecemasan berlaku.

“Latihan tersebut dijalankan dengan jayanya hasil daripada perbincangan dan kerjasama semua agensi terlibat,” katanya.