Radio antikerajaan helah pihak tidak bertanggungjawab

6

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud percaya kemunculan siaran Radio Kenyalang dan Radio Free Sarawak yang bersifat antikerajaan adalah helah pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau yang ditemui selepas majlis pembayaran zakat perniagaan oleh Pelita Holdings Sdn Bhd dan Magna Fokus Sdn Bhd semalam berkata, siaran radio tersebut tidak mempunyai motif yang kukuh.

Apa yang jelas menurut Taib, siaran radio terbabit tiada rasa hormat kepada kebenaran dan membangkitkan kemarahan banyak pihak yang menyedari akan pembohongannya.

“Soal sama ada siaran radio ini perlu disekat atau tidak adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang ber-kenaan untuk memutuskannya.

“Tetapi, saya tahu Radio Free Sarawak bukan satu-satunya siaran radio yang bersifat antikerajaan dan cuba memburuk-burukkan imej kerajaan.

“Mereka ini tidak ada rasa hormat kepada kebenaran, ramai orang mendengarnya dan ramai di kalangan me-reka sangat marah kerana mereka tahu ia adalah pembohongan,” kata beliau ketika ditemui pada majlis di peja-batnya di Tingkat 23, Menara Pelita di sini semalam.

Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang dikritik oleh barisan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri terutama Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing kerana cuba meracuni minda rakyat ter-utama masyarakat Iban di luar bandar dengan memburuk-burukkan kerajaan.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah turut menggesa pihak berkuasa relevan agar mengambil tindakan se-gera dengan menyekat siaran kedua-dua radio itu kerana cuba menjatuhkan kerajaan BN.

“Kita tidak boleh mem-  benarkan mereka terus me-nyiarkan pembohongan ke-rana jika tidak disekat, pada akhirnya ramai di kalangan rakyat akan berfikir ia adalah benar. Ini adalah tidak baik kerana kedua-dua radio ini cuba menjatuhkan kerajaan,” kata Masing kelmarin.

Masing turut mempersoalkan mengapa radio terbabit hanya menyasarkan pendengar di kalangan masya-rakat Iban.

“Menyekat adalah satu langkah untuk mereka menggulung siaran dan ia wajar dilakukan seperti yang pernah dibuat pada era 60-an dan       70-an oleh (Kementerian) Pertahanan untuk menghalang propaganda.

“Propoganda Radio Free Sarawak dan Radio Kenyalang mungkin tidak sama, tetapi kedua-dua mesej mereka adalah berbahaya kepada pendengar,” ujar Masing.

Sementara itu, difahamkan Radio Kenyalang menyiarkan program mereka dari jam 5 petang hingga 6 petang setiap hari sebelum diambil alih oleh Radio Free Sarawak.