Bendera parti lawan dipacak di tepi jalan hanya gimik politik

10

MIRI: Bendera parti lawan yang dipacakkan di tepi-tepi jalan hanya gimik politik dan tidak lebih daripada itu.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, perkara berkenaan memang lumrah apabila tiba musim pilihan raya atau ketika tarikh pilihan raya sudah dekat.

“Perkara begitu (bendera parti lawan dipacak) hanya terjadi ketika menjelang pilihan raya sahaja,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, parti lawan bukannya seperti jentera kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bekerja tanpa mengira musim pilihan raya atau tidak.

“Kami (BN) sentiasa be-kerja untuk rakyat, bukan bermusim seperti pihak lawan,” jelas beliau lagi.

Katanya kerajaan juga tidak menjalankan sesuatu program atau projek hanya kerana per-kara tersebut telah ditegur parti lawan.

Sebaliknya, semua program serta projek telah dirancang terlebih dahulu dan dilaksanakan mengikut peranca-ngan teliti.

“Semua program atau projek sudah dirancang awal sebelum dilaksanakan… bukan dilaksanakan setelah ditegur mana-mana pihak,” ujarnya.

Apa yang paling utama, segala perancangan akan dilaksanakan secara berterusan serta mempunyai kesinambungan pada masa depan.

“Sebab itulah rakyat harus lihat dan fikir betul-betul apa yang kerajaan BN sudah buat, jangan tutup sebelah mata sahaja,” gesanya.