Zon khas penyusuan ibu perlu disedia di tempat awam

0

KUCHING: Zon khas pe-nyusuan ibu perlu disediakan di tempat-tempat awam terutama yang sering di-kunjungi ibu bapa bersama anak-anak.

Pengerusi Majlis Perban-daran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang berkata inisiatif itu harus dipertimbang oleh pemilik-pemilik bangunan komersil, awam dan sebagainya memandangkan penyusuan ibu di negara ini suatu yang masih bersifat privasi.

Ini, katanya, disebabkan faktor budaya dan penyusuan ibu secara terbuka dalam khalayak ramai masih dianggap ‘taboo’ atau dilarang dalam masyarakat setempat.

“Sekiranya wujud usaha menyediakan zon atau tempat khas untuk merokok di tempat awam seperti di lapangan terbang, pusat beli-belah dan sebagainya, kenapa tidak ada inisiatif untuk menyediakan zon atau bilik penyusuan ibu di tempat-tempat ber-kenaan?

“Saya melihat tidak banyak pusat komersil yang menjual pakaian wanita dan pakaian serta perkakasan kanak-kanak menyediakan tempat khas untuk menyusu bayi,” ujarnya.

Malah, katanya, zon penyusuan ibu tidak disediakan di klinik-klinik kesihatan awam mahupun swasta sedangkan ia satu keperluan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini semalam sempena kempen kesedaran penyusuan ibu ‘Let’s get fit, Let’s breast feed’ anjuran bersama MPP dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan bertempat di Town Square Kota Sentosa di sini, esok.

Menurut Lo, untuk me-nyokong penyusuan ibu, semua pihak harus sedia melakukan perubahan dengan menyediakan fasiliti seumpama itu di tempat kerja kerana ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada ibu, tetapi meningkatkan produktiviti mereka.

“Bagi pusat komersil pula, ia boleh menggalakkan pelanggan wanita bersama anak-anak kecil mereka meluangkan masa lebih lama untuk membeli-belah kerana ada tempat untuk menyusu anak dan berehat.

“Ini adalah pelaburan yang bersifat menang-menang,” kata Lo sambil menambah pihaknya akan mempertimbang mewujudkan zon pe-nyusuan ibu di premisnya.

Kemudahan itu, katanya, bukan sahaja untuk kakitangan MPP tetapi orang ramai yang datang berurusan dengan pihak berkuasa tempatan itu.

Pada masa sama, beliau menggesa kementerian bertanggungjawab di peringkat negeri seperti Kementeri-an Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat meneliti inisiatif itu.