320 Pemuda, Wanita SPDP hadiri mesyuarat agung

0

BINTULU: Seramai 320 ahli Pergerakan Pemuda dan Wa-nita Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berkampung di Bintulu menghadiri Mesyuarat Agung Pemuda dan Wanita SPDP apabila pendaftaran peserta bermula semalam dan hari ini di Hotel Kemena Plaza di sini.

Mesyuarat itu dihadiri 46 cawangan Pemuda dan Wanita SPDP seluruh Sarawak me-rangkumi 24 cawangan Pemu-da dan 36 cawangan Wanita.

Timbalan Ketua Pemuda SPDP, Johnny Ling berkata selain mesyuarat, aktiviti sampingan diadakan ialah kempen derma darah oleh Perge-rakan Pemuda SPDP Pusat bagi membantu tabung darah Hospital Bintulu.

Kempen berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang itu katanya sebahagian daripada program SPDP untuk ahli pergerakan Pemuda dan Wanita SPDP.

Kempen itu disertai Ketua Pemuda SPDP, Kaunselor Robert Ayu yang turut menderma darah.

Mesyuarat Agung Pemuda dan wanita SPDP berlangsung pada hari ini (Jumaat) di hotel sama bakal dirasmi Setiausaha Agung SPDP, Datuk Nelson Balang Rining.

Ketibaan tetamu jemputan bermula sekitar jam 10 pagi dan majlis itu turut dihadiri Kaunselor Robert Ayu dan Ketua Pergerakan Wanita SPDP, Datuk Chiew Yen Chiew.

Sementara itu, SPDP juga akan mengadakan Perhimpunan Agung Tritahunan SPDP kali keempat di Dewan Suarah Bintulu pada 6 Disem-ber ini.

Majlis dijangka dirasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta pe-mimpin tertinggi komponen Barisan Nasional(BN).

Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing serta pemim-pin tertinggi SPDP lainnya termasuk lebih 3,000 ahli dijangka turut hadir dalam perhimpunan itu.