Ganti MyKad hanya sehari

0

Pencetakan MyKad secara teragih di JPN Sarawak percepat proses penggantian

RAKAMAN PERIBADI: Hishammuddin bergambar bersama sebuah keluarga yang menerima sijil kewarganegaraan di Kuching semalam menggunakan telefon bimbit miliknya.

KUCHING: Rakyat di negeri ini kini boleh mendapatkan MyKad gantian hanya dalam tempoh sehari berbanding 30 hari se-belum ini selepas pencetakan MyKad secara teragih dilaksanakan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)        Negeri Sarawak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hus-sien berkata kejayaan itu merupakan nilai tambah kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu iaitu ke-negaraan, permit masuk dan sijil kelahiran lewat.

“Ini menunjukkan kalau dulu untuk mendapatkan kad gantian MyKad di Kuching, 30 hari di-perlukan tetapi sekarang hanya satu hari melalui usaha kita me-laksanakan pencetakan secara  agihan.

“Pelaksanaan sistem ini juga membawa makna tersendiri kepada gagasan 1Malaysia kerana apa yang kita lakukan ini menunjukkan bahawa dalam konteks pemprosesan dokumen-dokumen pengenalan diri tidak melihat kepada warna kulit, latar belakang Semenanjung, Sabah atau Sarawak,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu beliau merasmikan pelancaran Gantian MyKad 1 Hari di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak Jalan Simpang Tiga, di sini.

Beliau berkata Sarawak me-rupakan negeri ketiga selepas Putrajaya dan Melaka melaksanakan sistem berkenaan dan ke-utamaan diberikan kepada ne-geri ini memandangkan JPN masih berdepan banyak kekang-an dalam pemprosesan permohonan dokumen-dokumen pe-ngenalan diri rakyat negeri ini.

Pelancaran itu juga katanya selari dengan gagasan 1Malaysia memberi penekanan kepada rakyat maka tiada yang lebih bermakna selain daripada mempercepatkan proses suatu permohonan dokumen pengenalan diri.

“Kalau puluhan ribu kes tertunggak berjaya diselesaikan maka telah sampai masanya untuk JPN dan Imigresen memikirkan pendekatan-pendekatan baru supaya nilai tambah kepada kejayaan selama ini dapat dilakukan,” ujarnya.

Menurutnya, pelaksanaan sistem sama akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara ber-peringkat-peringkat dan jika pelancaran di Kuching berjaya tiada sebab ia tidak dapat diperluaskan kerana peruntukan telah ditetap, diagih dan disediakan bagi tujuan itu.

Bagaimanapun katanya ia ti-dak akan diperluaskan ke negeri-negeri lain sehingga kementerian cukup yakin pemprosesan cepat kad gantian tidak akan menjejaskan aspek keselamatan dokumen pengenalan itu.

“Jika tiada ciri keselamatan pada dokumen pengenalan diri maka negara akan menjadi sasa-ran sindiket jenayah antarabangsa seperti penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia,” ujarnya.

Dalam sidang akhbar itu juga Hishammuddin  menyuarakan persetujuan terhadap cadangan Menteri Muda Perhubungan Sarawak Datuk Lee Kim Shin agar ketua-ketua masyarakat di negeri ini diberi taklimat mengenai keperluan dan syarat mengemukakan permohonan dokumen pengenalan diri agar proses permohonan dapat dipercepatkan.

Menurut Lee banyak permohonan rakyat negeri ini khusus-nya dari kawasan pedalaman terpaksa ditolak kerana permohonan mereka tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen diperlukan.

“Saya setuju dengan cadangan itu dan KDN telah membuat kaji selidik dan mendapati antara punca kekangan yang wujud terutama daripada penduduk pedalaman Sarawak yang hidup jauh dan berselerak perlu diatasi de-ngan penuh berhemat.

“Sebab itu JPN memperluaskan operasi Unit Khas Bergerak ke kawasan-kawasan pedalamam Sarawak untuk memudahkan golongan ini yang ada juga daripada kumpulan miskin tegar memohon dokumen pengenalan diri,” katanya.

Hishamuddin turut mengingatkan orang ramai bahawa dokumen-dokumen pengenalan diri bukan satu hak tetapi perlu dijaga sebaik mungkin sambil menambah sikap sudah memohon tetapi tidak dituntut perlu dihapuskan.

Sementara itu dalam ucapan perasmiannya Hishamuddin berkata setakat ini sebanyak 8,680 MyKad yang sudah siap belum dituntut di seluruh negara.

Dalam ucapannya beliau berkata pelancaran perkhidmatan itu di Sarawak jelas membuktikan rakyat di negeri ini turut berpeluang menikmati kemudahan setara seperti dikecapi rakyat di Semenanjung Malaysia.

“Pelaksanaan pencetakan MyKad secara teragih di cawangan pejabat JPN negeri ini diharap dapat mengurangkan masalah tempoh menunggu MyKad yang lama di cawangan-cawangan pejabat JPN negeri seterusnya meningkatkan perkhidmatan penyampaian JPN khususnya,” tambah beliau.

Pada majlis itu beliau turut berkesempatan menyerahkan sendiri dokumen pengenalan diri kepada 29 penerima dengan 20 daripadanya adalah penerima MyKad yang baru siap manakala sembilan lagi akan menerima sijil kewarganegaraan.