Larry sesuai teruskan tugas berkaitan belia

0

KUCHING: Bekas Menteri Muda Hal Ehwal dan Latihan Belia Larry Sng disifatkan amat sesuai oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Tan Sri William Mawan Ikom bagi meneruskan tugas berkaitan belia.

Larry yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus bakal dilantik menjadi penasihat hal ehwal belia di Pejabat Ketua Menteri.

Ia disahkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kelmarin.

Mawan dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Borneo semalam berkata:

“Keputusan itu amat tepat dan sesuai berdasarkan fakta bahawa Larry telah melaksanakan tugas yang baik ketika menjadi Menteri Muda bertanggungjawab terhadap hal ehwal belia di kementerian saya (KPSU).”

Mawan yakin pelan pembangunan belia yang dirancang Larry sebelum ini akan dapat diteruskan dengan pelantikan itu kelak, dijangka dilantik secara rasmi dalam tempoh dua minggu lagi.

“Saya ucapkan tahniah lebih awal dan sedia bekerjasama sekali lagi dengan beliau,” katanya.

Sebelum pilihan raya lalu, selain Menteri Muda Hal Ehwal dan Latihan Belia, Larry merupakan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian dan Men-teri Muda di Pejabat Ketua Menteri.

Pada pilihan raya itu, Larry tidak bertanding kerana tidak lagi berada da-lam PRS selepas dipecat berikutan perebutan kuasa dengan Masing pada 2007.

Larry mengetuai satu puak yang mendakwa mereka adalah barisan sebenar pimpinan PRS manakala Ma-sing juga mendakwa demikian.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) meng-iktiraf kumpulan Masing, lantas Larry dipecat daripada PRS.

Pada 16 April lepas, PRS menge-tengahkan Stanley Nyitar yang tewas kepada George Lagong (Bebas) dalam pertandingan tiga penjuru, juga membabitkan Edward Sumbang Asun (PKR).