DAP tubuh pusat khidmat di Serian

0

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan menu-buhkan pusat khidmat di daerah Serian.

Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen dalam sidang media semalam berkata, pusat khidmat baru tersebut terletak di Lot Persendirian 3, Aras 1, Blok F, Lot 611, Serian iaitu berhampiran pasar raya Everrise.

“Pusat itu akan mengetengahkan masalah yang memberi kesan kepada kawasan dan rakyat.

“Ia juga boleh digunakan untuk pendaftaran pengundi baru dan ahli parti baru selain untuk menganjurkan acara-acara khususnya di Parlimen Serian bagi me-ningkatkan usaha parti di situ,” katanya.

Menurut Chong, peng-urusan pusat khidmat tersebut akan diseliakan oleh Edward Andrew Luak, seorang pesara yang telah berkhidmat selama 20 tahun dalam perkhidmatan pentadbiran Sarawak.

Dalam pada itu, Chong yang juga ADUN Kota Sentosa berkata, DAP akan menganjurkan majlis berbuka puasa di pusat khidmat Parti Islam Se-Malaysia (PAS), di Lorong 4 Matang Jaya hari ini.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai majlis tersebut yang diadakan bermula dari jam 7 malam.

Menurut Chong, majlis tersebut adalah untuk memupuk hubungan yang lebih rapat antara ahli-ahli PKR, PAS dan DAP.

Hadir sama ialah ADUN Pending Violet Yong.