Lindungi kekuatan tulang dengan amal gaya hidup aktif, kata Dr Chin

0

DR CHIN

KUALA LUMPUR: Gaya hidup sedentari sudah menjadi satu fenomena global yang semakin meluas bukan sahaja di negara-negara maju, tetapi juga di negara-negara membangun, namum masih ramai lagi yang tertanya-tanya dengan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘sedentari’?

Gaya hidup sedentari adalah amalan hidup tanpa aktiviti fizikal atau kurang aktiviti fizikal.

Kebanyakan masa dihabiskan dengan duduk, menonton TV, menggunakan komputer dan tidur sehingga boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius dan ia juga telah dikenal pasti sebagai faktor risiko yang juga boleh menyumbang kepada masalah tulang yang lemah.

Kekurangan jisim tulang yang beterusan boleh mengakibatkan osteoporosis, satu proses yang tidak boleh dikembalikan.

Hasil penyelidikan Fonterra yang dijalankan secara berterusan mendapati wanita Malaysia memandang ringan terhadap masalah kemerosotan tulang.

Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik & Trauma di Gleneagles Kuala Lumpur dan Advanced Neuroscience and Orthopaedic Clinic, Dr Chin Chee Howe berkata, gaya hidup sedentari tidak membantu kesihatan tulang.

“Kita perlu mula mengambil langkah untuk melindungi tulang sejak dari muda, sebaik-baiknya sebelum jisim tulang mencapai puncaknya.

“Kita perlu bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan yang sihat, dan memastikan kita memenuhi kerperluan kalsium harian kita. Hanya dengan berjalan 30 minit sehari dan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium, kita dapat membantu dalam proses penguraian dan pembentukan semula tulang kita.

“Contoh cara paling asas ialah minum susu kalsium tinggi atau mengambil pelbagai produk tenusu. Susu berkalsium tinggi seperti Anlene, merupakan pilihan produk tenusu kaya dengan kalsium adalah sesuai untuk anda,” jelasnya.

ANLENE™ adalah rangkaian produk tenusu yang dirumus khas untuk menguatkan tulang orang dewasa.

Rangkaian ini termasuk produk Anlene Concentrate, Anlene Powder dan Anlene Yogurt. ANLENE™ mengandungi lebih banyak kalsium daripada susu segar biasa.