Publisiti meluas jadikan program Seksualiti Merdeka 2011 ‘popular’

0

KUCHING: Publisiti meluas mengenai bantahan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik membuatkan program itu ‘popular’.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, sebelum ini, program seumpana itu pernah dibuat pada 2008 tetapi tidak mendapat sam-butan daripada rakyat di negara ini kerana tiada publisiti mengenainya.

“Mereka dah buat perkara itu di Kuala Lumpur sebelum ini kalau tidak salah pada 2008, orang tidak tahu mereka dah buat, jadi oleh kerana publisiti, mereka lebih terkenal.

“Namum saya yakin sam-butan tidak banyak… yang banyak publisiti-publisiti, oleh kerana keluar dalam surat khabar dan sebagainya dan digembar-gemburkan banyak yang tahu mengenainya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Masjid Darul Muttaqin dan pengagihan daging korban di Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadualkan berlangsung dari 2 November hingga 13 November di ibu negara yang bertujuan menuntut hak kebebasan golongan gay, lesbian, transeksual dan biseksual.

Difahamkan program itu mendapat bantahan pelbagai pihak dan dikecam hebat masyarakat seluruh negara.

“Bantahan itu memang baik tetapi takut ia akan merebak, kita tidak mahu ia mere-bak di tempat-tempat lain (kerana publisiti bantahan mengenainya menyebabkan diketahui umum), mungkin juga saya tidak tahu. Saya tidak dapat komen tentang itu,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur itu juga menegaskan penganjuran program seumpama itu ber-tentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Mereka yang beragama Islam patut fikir yang mana halal dan yang mana haram dan jangan kita terikut-ikut dengan budaya orang barat kerana cara hidup dan amalan orang barat tidak semestinya baik untuk orang timur,” jelasnya.

Tambahnya, penganjuran program itu juga diyakini boleh membawa kerosakan kepada masyarakat di Malaysia.

“Jika mereka mahu me-neruskan mereka harus ber-fikir lagi mengenai perkara itu, kita tidak mahu ia menjadi satu perkara yang masyarakat kita kelak akan terikut-ikut dengan cara hidup barat,” ujarnya.