Tuesday, November 12

SMK Song A muncul juara Kejohanan Hoki MSS Kapit

0

SONG: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song A dinobatkan sebagai johan Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Bahagian Kapit bagi kategori lelaki 18 tahun ke bawah di sini, Selasa lalu.

Naib johan disandang oleh SMK Kapit sementara tempat ketiga dimenangi SMK Katibas A.

Kategori perempuan 18 tahun ke bawah diungguli SMK Kapit sementara naib johan milik SMK Song A dan tempat ketiga dimenangi SMK Katibas B.

Kejohanan dua hari yang berlangsung dari 30 hingga 31 Januari itu disertai tiga buah sekolah dan berlangsung di Stadium Mini Song di sini.

Tiga buah sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Song, SMK Kapit dan SMK Katibas.

Kategori lelaki 18 tahun ke bawah disertai pasukan SMK Song A, SMK Song B, SMK Katibas A, SMK Katibas B dan SMK Kapit sementara kategori perempuan 18 tahun disertai pasukan SMK Song A, SMK Song B, SMK Katibas A, SMK Katibas B dan SMK Kapit.            Objektif kejohanan adalah untuk memilih pemain bahagian ini ke kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan di Kuching pada pertengahan bulan ini.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Penolong Kanan 1 SMK Song, Bong Shuk Tsong.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penolong Kanan Kokurikulum SMK Song, Charles Eli serta guru-guru sekolah yang terlibat.