Lundu bakal berubah wajah

0

Pelan Pembangunan Pesisir Pantai Lundu turut bangunkan pelancongan, perikanan

KREATIF: Taib dan Ragad (tiga kanan) ketika melawat salah satu pameran yang mempamerkan rekaan pelajar-pelajar dari Lundu sebelum merasmikan sambutan Ulang Tahun Ke-135 Pejabat Daerah Lundu, semalam.

LUNDU: Lundu akan ber-ubah wajah dalam masa 10 tahun akan datang dengan terlaksananya Pelan Pembangunan Pesisir Pantai Lundu yang turut akan membangunkan pelancongan serta perikanan di kawasan itu.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang mendedahkan perkara itu berkata, bagi mencapai matlamat berkenaan kerajaan akan memperuntukkan geran mulai tahun depan untuk menjalankan kajian mengenai pembangunan terbabit.

“Kita akan mempunyai pelan induk untuk kawasan Lundu termasuk kawasan pesisir pantai hingga ke Te-laga Air dan pastikan kita benar-benar memainkan pe-ranan dalam pelan ini kerana ia membawa kita kepada satu perubahan.

“Pelan ini nanti juga menagambil kira pembangunan perikanan serta pelancongan agar kawasan ini dapat di- bangunkan dalam masa 10 tahun akan datang dan kajian dimulakan pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Ke-135 Pejabat Daerah Lundu yang dihadiri Menteri Tugas-tugas Khas merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di sini, semalam.

Taib dalam ucapannya berkata, kini sudah tiba masanya kerajaan menjalankan pembangunan di kawasan pesisir pantai termasuk dari Telaga Air hingga ke Tanjung Datu supaya rakyatnya dapat me-nikmati pembangunan sama seperti di bandar raya Ku-ching.

Beliau menegaskan bahawa Lundu dan Bau merupakan antara tempat yang paling dekat dengan bandar raya Kuching, maka itu adalah ti-dak wajar untuk membiar-kan kawasan terbabit ketinggalan sedangkan Kuching bertambah maju.

“Selepas saya berbincang dengan beliau (Adenan), yang memohon untuk mencari cara-cara membangunkan kawasan ini maka itu mulai tahun depan saya akan memperuntukkan wang bagi menjalankan kajian pelan induk.

“Bagaimanapun saya mahukan beliau (Adenan) sen-diri sebagai peneraju kepada pembangunan ini dan saya berharap ia dapat dibangun-kan dengan teratur dalam masa 10 tahun akan datang,” tegasnya.

Beliau katanya percaya de-ngan itu Lundu bukan sahaja menjadi kawasan yang paling cantik di Sarawak tetapi juga menjadi kawasan yang paling membanggakan.

Terdahulu Adenan dalam ucapannya berkata, Lundu bukan sahaja memiliki panorama yang indah tetapi juga penuh dengan sejarah dan legendanya yang harus dikaji potensi itu dari segi pelanco-ngan.

“Lundu adalah tempat yang paling dekat dengan Kuching dan mudah dicapai, bagai-manapun untuk menjadikan ia satu kawasan yang membangun, kita memerlukan satu kajian terutama dari segi pelancongan.

“Kita berharap kerajaan akan memberi kemudahan kepada kita untuk memba-ngunkan pelancongan di Lundu,” katanya.

Hadir sama isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Setia-usaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pegawai Daerah Lundu Azmi Bujang serta menteri-menteri kabinet lain.