Syarat masuk perkhidmatan awam harus dilonggarkan

0

KUCHING: Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Per-khidmatan Awam (SKMTPA) harus melonggarkan syarat kemasukan lepasan sekolah ke perkhidmatan awam melibat-kan penjawat dari Sarawak dan Sabah.

Aktivis Sosial Wan Zain Syed Mohdzar berkata, dengan melonggarkan syarat kemasukan itu maka lebih ramai yang layak dapat menduduki jawatan-jawatan terbabit.

Beliau berkata pertimbangan itu boleh dilakukan kerana tahap (standard) pelajaran yang diperolehi pelajar dari negeri ini dan Sabah tidak sehebat ma-na dibandingkan dengan pelajar di Semenanjung Malaysia.

“Kita amat bersetuju calon-calon dari Sarawak dan Sabah diberi kelonggaran dalam menilai kemasukan mereka menjawat perkhidmatan awam,” katanya mengulas kenyataan Pengerusi SKMTPA Tun Zaki Tun Azmi dalam akhbar Rabu lalu.

Wan Zain yang juga Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Cawangan Sarawak berkata jika pertimbangan itu dilakukan sudah tentu indeks pengangguran di kalangan lepasan SPM/PMR akan menurun.

Beliau berkata pengangguran lepasan IPTA/IPTS juga me-ningkat, kerana jawatan di mana mereka yang layak ditawarkan kepada calon-calon dari Semenanjung Malaysia.

“Ini memperlihatkan kerajaan persekutuan tidak sensitif dengan aspirasi serta semangat penggabungan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia,” kata-nya.

Wan Zain menambah, dari segi pelantikan ahli-ahli suruhanjaya juga tidak telus kerana mereka sukar untuk menerima calon-calon dari Sarawak dan Sabah.

“Justeru, suruhanjaya mesti melihat secara holistik dan ti-dak hanya memfokuskan ke-pada satu-satu kaum dan meng-imbangi jawatan untuk Sarawak dan Sabah,” katanya.

Dalam kenyataannya, Zaki memberitahu bahawa SKMTPA akan mengemukakan cada-ngan pemberian kuota sama rata kepada etnik Sarawak dan Sabah.

Setakat ini, perkhidmatan awam diwakili sebanyak 80 pe-ratus kaum Melayu manakala selebihnya terdiri daripada kaum Cina, India dan lain-lain.

Zaki dipetik sebagai berkata: “SKMTPA akan mengesyorkan cadangan kepada kerajaan untuk memperbanyak etnik Sarawak dan Sabah.”