Umumkan calon PRU13 lebih awal

0

MIRI: Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada hari penamaan calon dilihat tidak lagi sesuai dengan senario politik Malaysia yang kini telah berubah ke satu era baharu.

Pemerhati politik tempatan Wan Zain Syed Mohdzar berpendapat semua parti tidak kira Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) harus mengumumkan calon lebih awal daripada tarikh penamaan calon PRU13 nanti.

“Salah satu alasannya ialah pengundi sudah pasti mahu tahu sama ada calon terbabit dapat bekerja untuk mereka atau calon terbabit hanya menjadi pilihan popular parti tetapi tidak kepada pengundi,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau memberitahu, peng-umuman calon lebih awal mampu memberi pengundi ruang untuk menilai sama ada calon terbabit mampu melaksanakan tanggung-jawab sebagai wakil rakyat atau sebaliknya.

“Kebanyakan pengundi sekarang lebih intelektual dan mereka mampu membuat perubahan besar jika melihat individu atau calon terbabit tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang mereka kehen-daki,” katanya.

Wan Zain seterusnya memberitahu, pemilihan calon di luar skop parti atau calon yang kurang ‘dekat dan mesra’ dengan rakyat hanya akan merugi-kan parti itu sendiri terutama dari segi deposit calon.

“Sebab itu, saya berpendapat bahawa nama-nama calon PRU harus diumumkan lebih awal bagi menilai sama ada individu terbabit benar-benar layak berge-lar calon atau sebaliknya,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian bahawa individu yang melaksanakan tanggungjawab dan banyak meluangkan masa mendengar masalah rakyat di peringkat akar umbi wajar diangkat sebagai calon PRU13 nanti.

“Jangan hanya menunjukkan minat untuk menjadi wakil rakyat dengan turun padang menjelang pilihan raya sahaja, sebaliknya mereka harus melaksanakan tanggungjawab itu dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Menurut Wan Zain, jika individu terbabit terpilih menjadi calon seterusnya wakil rakyat tetapi gagal me-laksanakan tanggungjawab maka ia akan menimbulkan situasi kurang senang di kala-ngan pengundi.

“Sudah pasti pengundi merasakan mereka ‘tertipu’ kerana memillih calon yang disangkakan dapat bekerja untuk mereka tetapi sebenarnya individu terbabit lalai dan leka daripada tanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan pengumuman calon PRU13 nanti dilakukan lebih awal bagi menentukan kebolehan calon terbabit untuk menang dengan majoriti besar.