Tetamu dari Shanghai meriahkan suasana Gawai di Rumah Grace

0

GAMBAR KENANGAN: Chuan Xia (tiga kanan) turut tidak melepaskan peluang untuk merakam kenangan bersama pemakai pakaian tradisional Iban.

GAWAI pada tahun ini sungguh bermakna buat penduduk Rumah Grace Itun Upo, Jalan Salim-Stabau di Sibu apabila buat julung kalinya me-nerima kunjungan daripada ahli Persatuan Vuineng Sibu pada malam 31 Mei lepas.

Persatuan Vuineng Sibu merupakan salah satu klan masyarakat Cina di Sibu turut membawa seorang warga dari Shanghai, China iaitu Chuan Xia untuk berkongsi pengalaman menyambut Hari Gawai di rumah panjang.

Rombongan tersebut diketuai oleh Kapitan Kong Kuok Sing dan Pengerusinya Kong Sing Ping serta membawa kira-kira 30 ahli yang lain.

TERHIBUR: Para rombongan terhibur menyaksikan persembahan ngajat daripada si cilik Octadarius Sancha, 5.

Kedatangan rombongan itu disambut meriah dengan penuh adat istiadat oleh  penduduk rumah panjang tersebut.

Penduduk rumah panjang itu yang diketuai oleh Grace turut menghidangkan beberapa menu istimewa masakan tradisional masyarakat Iban seperti ayam pansuh, sayur daun ubi cincang, ikan pansuh dan sebagainya.

Selepas selesai menjamu selera, para rombongan dibawa untuk berhibur bersama-sama seperti ngajat mengelilingi ranyai, poco-poco dan banyak lagi.

Kunjungan Hari Gawai ke rumah panjang adalah antara aktiviti tahunan persatuan ter-sebut bagi mengeratkan silaturahim dengan kaum lain sejajar dengan konsep 1Malaysia.

NIKMATI: Sing Ping (dua kanan) serta rombongannya semasa menikmati tuak.

TERUJA: Para belia yang ditugaskan untuk menyambut para rombongan kelihatan ceria.

ALUNAN TRADISIONAL: Penduduk rumah panjang sedang ‘Betaboh’ semasa ketibaan rombongan.

BERHIBUR: Antara pengunjung yang sempat ngajat mengelilingi ranyai bersama yang lain.

BERGANDING BAHU: Pelbagai peringkat lapisan umur di Rumah Grace bekerjasama untuk memastikan kelancaran majlis tersebut.

HIDANGAN ISTIMEWA: Para rombongan sedang menikmati juadah yang disediakan.

MERIAH: Antara hadirin yang hadir pada malam tersebut.