Friday, October 23

TPM arah siasat dakwaan pelajar makan di tandas

0

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah-kan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di dalam tandas.

“Saya telah mengarahkan KPPM untuk siasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan di laman Twitter semalam.

Beberapa gambar tersebar di laman sosial semalam yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja. — Bernama