Perlawanan Sarawak, Perak disiarkan secara langsung di skrin gergasi

0

KUCHING: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Abdullah Julaihi tidak menolak ke­mungkinan akan menyiarkan perlawanan antara Sarawak dan Perak secara langsung di skrin gergasi.

Ini bagi menebus keham­paan para penyokong yang tidak dapat membeli tiket perlawanan itu malam ini.

“Kita hanya menjual se­banyak 18,000 tiket dan tidak lebih daripada jumlah tersebut bagi mengelakkan kesesakan di dalam stadium,” katanya di sini semalam.

“Namun, jika permintaan masih tinggi kita akan meneb­us kehampaan para penyokong dengan menyiarkan perlawa­nan tersebut menerusi skrin gergasi.

“Saya pasti ramai yang akan hadir untuk menonton perla­wanan tersebut dan nasihat saya agar beli tiket dengan segera,” katanya.

Menurut Abdullah, penon­ton juga dinasihatkan agar datang awal bagi mengelak kesesakan untuk mendap­atkan tempat letak kereta.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan me­nambah lebih ramai petugas keselamatan bagi melindungi kenderaan penonton.

“Harapan saya para penyokong menjaga ting­kah laku dan tidak melontar sebarang objek yang boleh membahayakan penonton lain,” katanya.

Perlawanan Sarawak dan Perak akan bermula seren­tak dengan perlawanan di venue-venue lain pada jam 8.45 malam ini.