SMK Julau juara SPTS Olahraga Zon Tengah

0

SIBU: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau dinobatkan juara keseluruhan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Olahraga Peringkat Zon Tengah 2013.

Naib juara menjadi milik pasukan SMK Bandar Bintangor, diikuti pasukan SMK Sedaya di tempat ketiga pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Tun Zaidi, di sini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Sibu, William Anut.

Sebanyak 10 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan kali ini iaitu SMK Julau, SMK Bandar Bintangor, SMK Sedaya, SMK Song, SMK Kapit No. 2 SMK Sacred Heart, SMK Meradong, SMK St Anthony Sarikei, SMK Tinggi Sarikei dan SMK Hulu Balingian.