SMK Bandar Sarikei, SK Agama menjuarai kejohanan taekwondo

0

BERSEMANGAT: Peserta bersama tetamu sebaik sahaja kejohanan melabuhkan tirainya di Sarikei semalam.

SARIKEI: Pasukan Se­kolah Menengah Kebang­saan (SMK) Bandar Sarikei membuktika kehebatannya apabila muncul juara kate­gori pomsae (individu dan berkumpulan) Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Sekolah-sekolah Sarawak di sini semalam.

Naib juara kategori itu disandang SMK St Anthony dan tempat ketiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Chien.

Bagi kategori Kyorugi (12 tahun ke bawah) juara disandang pasukan SK Ag­ama Sarikei, naib juara SK Methodist Anglo Sarikei dan ketiga SK St Anne Sarikei.

Seramai 96 peserta terdiri kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah ba­hagian ini menyertai kejo­hanan itu.

Pengerusi Persekutuan Taekwondo Sarawak, Dr Henry Toh berkata kejo­hanan itu adalah sebahagian usaha memberi peluang ke­pada murid-murid sekolah memantapkan keyakinan diri mereka.

“Di samping memberi peluang kepada para peserta menimba pengalaman serta landasan menguji pencapa­ian dan kemantapan lati­han-latihan yang dijalankan selama ini.

“Selain itu, memberi pe­luang para peserta bertemu dengan rakan-rakan dari sekolah lain dan mampu membawa kepada seman­gat kesukanan kalangan masyarakat pelbagai kaum,” katanya pada perasmian Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Jemputan Se­kolah-sekolah Sarawak, di sini semalam.

Kejohanan anjuran Perse­kutuan Taekwondo Sarawak Sarikei (STF) dengan ker­jasama Persekutuan Taek­wondo Sarawak (WTF) dan berlangsung di Dewan Perpaduan Sarikei.

Sebanyak empat buah sekolah menengah dan 11 buah sekolah rendah di sini menyertai kejohanan itu.

Antara kategori yang dipertandingan ialah Poomsae (individu dan berkumpulan) dan Kyorugi (12 tahun ke bawah).

Sementara itu, Pengerusi Kejohanan, Kari Ali berkata program itu bagi membole­hkan para peserta meman­tapkan daya keyakinan diri dan menyemai semangat berpasukan.

“Peluang ini juga adalah untuk membolehkan kita mencungkil bakat peserta serta memberi pengalaman dalam kemahiran seperti sikap kepimpinan pada diri peserta.

“Selain itu, merupakan langkah membangunkan sukan seni bela diri di peringkat akar umbi serta menanam semangat kesu­kanan di kalangan peserta,” katanya.