Subkontraktor kerugian RM30,000 dirompak kumpulan lelaki bertopeng

0

KUCHING: Seorang subkontraktor mengalami kerugian hampir RM30,000 apabila dirompak sekumpulan lelaki bertopeng di dalam sebuah van, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Sibu itu dibawa masuk ke sebuah van lama oleh tiga lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan parang sebelum diugut agar menyerahkan barang-barang miliknya.

Detik mencemaskan itu difahamkan berlaku sekitar jam 1 petang semalam di tempat letak kereta di Jalan Kempas, di sini.

Mangsa yang ketakutan terpaksa menyerahkan semua barangnya seperti jam tangan berjenama, barang kemas, sejumlah besar wang tunai termasuk milik syarikat serta dokumen penting.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dan mangsa hanya sempat mengecam sebahagian daripada nombor pendaftaran van tersebut.

Laporan polis telah dibuat dan kes sedang disiasat.