Dua suspek terlibat kes rompak dicekup

0

MIRI: Polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri awal pagi semalam berjaya menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes rompakan pada pagi Isnin lalu.

Kedua-dua suspek berusia 20-an ditahan dalam satu operasi di Pujut Padang Kerbau sekitar jam 1.50 pagi dan kini berada di Balai Polis Miri (CPS) untuk membantu siasatan.

Kedua-dua suspek diper­cayai terlibat dalam rompakan ke atas sebuah kedai di Pujut Padang Kerbau sekitar jam 10.30 pagi dan melarikan wang tunai berjumlah RM700.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 25 ta­hun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas kereta Myvi dinaiki bersama rakannya berlanggar dengan sebuah van di Jalan Pujut 4, di sini.

Dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi semalam, rakan mangsa tidak mengalami kecederaan manakala pe­mandu van tersebut hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri.