Marcus muncul juara lelaki B19

0

KUCHING: Penyandang juara, Marcus Sim membuktikan keunggulannya apabila muncul juara kategori lelaki B19 selepas mengalahkan Jess Tay di gelanggang skuasy Sarawak Club di sini semalam.

Pemain berusia 17 tahun itu merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil meraih hadiah wang tunai RM400, manakala Jess memenangi wang tunai RM200.

Tempat ketiga dimenangi P. Subramaniam dari Kedah.

Sementara itu, Ma Si Yi menepati ramalan apabila mudah memenangi kategori wanita B19 dengan mengalahkan Wong Su Lin pada perlawanan akhir.

Manakala tempat ketiga menjadi milik Charlize Goh.

Juara kategori lelaki dan wanita B15 masing- masing menjadi milik Martin Kueh dan Jessica Keng.

Muhammad Harris Ramlee mengungguli kategori lelaki B13 selepas mengalahkan Danial Nurhaqiem, sementara Kayden Liaw sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Kategori lelaki dan wanita B11 menyaksikan Gregory Chan dan Yee Xin Ying muncul juara selepas mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan akhir.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hadir sama Pengarah Urusan Cahya Mata Sarawak Berhad, Datuk Richard Curtis dan Presiden Persatuan Skuasy Sarawak, Robert Lau.