Lelaki Myanmar dikhuatiri terjatuh dari kapal

0

SIBU: Seorang lagi lelaki warga Myanmar dipercayai terjatuh dari kapal kira-kira jam 4.45 petang kelmarin.

Balai Bomba Sentral dihubungi orang awam jam 6.04 petang bergegas ke lokasi kejadian berdekatan Pelabuhan Rejang dengan menghantar seramai empat pegawai diketuai PBK11 Hayward tiba di situ empat minit kemudian.

Operasi mencari dan menyelamat terpaksa ditangguh selepas keadaan gelap dan disambung semula semalam.

Mangsa jatuh dikenali sebagai Aung Caan Thar, 24 tahun.