Kakitangan Bank Rakyat ikuti latihan pertolongan cemas

0

SESI PERTOLONGAN CEMAS: Anggota JPAM Sri Aman sedang membuat demonstrasi sesi pertolongan cemas dengan kakitangan Bank Rakyat Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sri Aman mengadakan latihan pertolongan cemas untuk kakitangan Bank Rakyat di sini kelmarin.

Jurucakap JPAM Sri Aman berkata, latihan itu bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan Bank Rakyat mengenai perkara yang harus dilakukan ketika berdepan situasi cemas.

“Menerusi sesi latihan ini, mereka dapat bertindak sebagai pihak pertama memberi respons sebelum ambulans sampai untuk memberikan rawatan selanjutnya,” katanya.

Sesi latihan kelmarin disertai 14 kakitangan bank berkenaan. Turut hadir Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sri Aman Abdul Rahman dan Penolong Pengurusnya Zulhiszam Ahmad.