Hubungan antara rakyat Sarawak dan China semakin kukuh

0

PERSEFAHAMAN: Wong (kanan) bertukar dokumen dengan Gao disaksikan Adenan (tengah).

KUCHING: Hubungan antara rakyat Malaysia khususnya Sarawak dan China semakin kukuh dengan termeterainya persefahaman antara kerajaan negeri dan Wilayah Yunnan, China semalam.

Surat bagi maksud itu telah ditandatangani antara Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyara-kat Dato Sri Wong Soon Koh dan Naib Gabenor Wilayah Yunnan Gao Shuxun sambil disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Dengan termeterainya persefahaman itu semalam, kedua-dua pihak akan ber-sama-sama memperkukuh-kan persahabatan antara rakyat Malaysia dan China.

Di samping itu, ia juga bertujuan mempromosi dan memperluaskan lagi kerjasama antara kedua-dua wilayah ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri dan Yunnan bertindak mengikut prinsip ‘Joint Communiqué on the Estab-lishment of Democratic Relations’ antara Malaysia dan Republik Rakyat China.

Sebelum berlangsungnya majlis menandatangani surat tersebut di Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, delegasi yang diketuai Gao itu terlebih dahulu mengadakan kunju-ngan hormat terhadap Ketua Menteri.

Turut hadir, Konsul Jeneral Republik Rakyat China ke Kuching Li Quan dan Menteri Muda Pembangunan Komuniti Datuk Peter Nansian Ngusie.