Lelaki cedera parah kemalangan

0
RAWATAN AWAL: Paramedik merawat mangsa di lokasi kejadian.

RAWATAN AWAL: Paramedik merawat mangsa di lokasi kejadian.

SIBU: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ling Kai Cheng di sini malam kelmarin.

Mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan ke pusat bandar manakala sebuah kereta datang dari Jalan Deshon di sini sekitar jam 11.30 malam.

Menurut sumber, mangsa tercampak beberapa meter dari motosikalnya selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta Perodua Kenari yang hilang kawalan.

Sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda sedang berada di simpang lampu isyarat turut terkena gesel selepas Kenari tersebut merempuh pembahagi jalan.

Pemandu Kenari hanya mengalami cedera ringan manakala pemandu 4WD tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kes berasingan, dua pemandu teksi menarik perhatian awam selepas mereka bergaduh di khalayak ramai kerana berebut pelanggan di Jalan Khoo Peng Loong petang Jumaat lalu.

Insiden sekitar jam 2.30 petang tercetus selepas mereka bertengkar berlarutan sehingga kedua-duanya berbalas tumbukan antara satu sama lain.

Orang awam berada berhampiran di situ kemudian meleraikan pergaduhan mereka.

Kedua-dua mereka mengalami luka ringan selepas pergelutan yang memalukan itu.