Selepas temasya SUKMA 2016, Sukan Paralimpik menyusul

0

KUCHING: Selepas Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) melabuh tirai semalam, bandar raya ini terus dihangatkan dengan temasya Sukan Paralimpiad ke-16 dijadual pada 6 hingga 10 Ogos ini.

Sukan Paralimpiad XVIII bakal melibatkan atlet-atlet istimewa daripada kategori kurang keupayaan anggota, penglihatan, akal dan spastik.

Ia membabitkan seramai 1,400 atlet OKU bertanding dalam sembilan acara sukan di beberapa gelanggang sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Acara-acara dipertandingkan ialah memanah di Padang Sasar Kompleks Sukan UNIMAS, olahraga di Stadium Sarawak, badminton di Kompleks Sukan UNIMAS, catur di Dewan Detar UNIMAS, boling padang di Sarawak Lawn Bowling Arena, angkat berat di Dewan Jubli UiTM Sarawak, renang di Pusat Akuatik Sarawak, tenpin boling di Megalanes Sarawak (Emart Batu Kawa) dan pingpong di Stadium Perpaduan Sarawak.

Majlis perasmian Sukan Paralimpiad XVIII bakal disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 6 Ogos di Stadium Perpaduan, Kuching.