NGO, kumpulan pemikir Dayak sokong kerajaan batal 1974 PDA

0

MIRI: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan pemikir Dayak, kelmarin me-nyuarakan sokongan kuat kepada kerajaan negeri jika ia mahu membatal Akta Pembangunan Petroluem 1974 (1974 PDA) yang disifat sudah tidak ‘diendahkan’ oleh syarikat minyak nasional Petronas.

Dalam kenyataan media bersama di sini kelmarin, kumpulan pemikir Dayak atau Dayak Think Tank Group (DTTG), Aum Besai Dayak Selangor (ABD) dan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS), turut menggesa kerajaan menggunakan kuasanya memberi ‘tekanan’ kepada Petronas termasuk memperketatkan atau membatalkan permit kerja bagi pekerja dari luar negeri ini dengan memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak yang berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut.

“Sejak Petronas ‘mengabaikan’ Sarawak dan memandang remeh tujuan asal 1974 PDA, kami dengan tegas mendesak (bagi keutamaan) Sarawak, agar kerajaan negeri mengguna sepenuhnya kuasa memperketat pengeluaran permit kerja bagi pekerjaan yang mampu dilakukan pekerja berasal dari Sarawak,” kata kenyataan bersama tersebut.

Dalam kenyataan bersama itu, pengasas DTTG Willie Henry Majang, jurucakap bagi ABD Selangor Elsie Tinggang dan Presiden PEDAS Mejar (B) Kapten Collin Imran, ketiga-tiga badan tersebut mengakui punca kepada segala masalah yang timbul dalam industri minyak dan gas di negeri ini pada masa ini ialah 1974 PDA, yang menyebabkan ramai pihak di negeri ini melahirkan rasa kesal dengan pemimpin politik Sarawak daripada semua parti politik yang begitu vokal dalam usaha cuba untuk mengurangkankan kesan daripada akta tersebut ke atas negeri ini.

“Pemimpin terdahulu yang menandatangani 1974 PDA, adalah dengan niat baik dan percaya bahawa mereka menyumbang kepada pembangunan negara dengan melakukan persetujuan dalam semangat perkongsian kemakmuran.

“Namun selepas hampir 42 tahun, aktiviti mi-nyak dan gas di Sarawak, jika dilihat semula 1974 PDA menunjukkan bahawa Petronas telah membuktikan ia tidak mempunyai kepentingan dalam mengejar semangat perkongsian kemakmuran, yang dipercayai oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu adalah asas bagi 1974 PDA.

“Selain daripada angka tidak seimbang yang menyaksikan lebih ramai pekerja dari Tanah Melayu ditempatkan di negeri ini, perlu diakui bahawa kestabilan (perniagaan milik) kontraktor minyak dan gas yang berdaftar dengan Petronas hampir secara eksklusif adalah tanpa warga Sarawak (di dalam syarikat),” kata kenya-taan itu lagi.

Menurut mereka, jika pemimpin korporat Petronas telah melihat semangat perkongsian kemakmuran tersebut dan ‘sedar’ bahawa mereka sudah ‘bertapak’ di ne-geri ini sejak 42 tahun lalu, maka mereka boleh melaksanakan dasar peng-ambilan dan kenaikan pangkat pertama untuk warga Sarawak.

Petronas juga boleh melaksanakan rantaian bekalan dalam peringkat, di mana semua produk dan perkhidmatan yang akan digunakan dalam Operasi Sarawak (SKO) harus diperolehi daripada syarikat-syarikat tempatan Sarawak yang berdaftar dengan beribu pejabat di Sarawak.

Tetapi menurut ke-nyataan mereka, Petronas memilih untuk terus beroperasi di Sarawak tanpa mempedulikan terus sentimen Sarawak, yang sudah mulai bosan untuk percaya bahawa Petronas adalah ejen bagi kemakmuran bersama, dengan kerajaan negeri telah ‘ditolak ke tepi’, apabila memulakan usaha untuk meminta kenaikan royalti mi-nyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus.

“Oleh itu, satu-satu-nya jalan bagi Sarawak mendapatkan semula maruahnya selepas 42 tahun ‘berkhayal’, ialah untuk mendapatkan pembatalan 1974 PDA di Parlimen atau untuk meminda bahawa Petronas sebagai ejen yang diamanahkan untuk perkongsian kemakmuran dalam pembangunan sumber minyak dan gas, dipaksa melepaskan semua operasi Sarawak (SKO) kepada kerajaan negeri,” jelas mereka.

Walaupun Ahli Parlimen Sarawak mungkin tidak mempunyai jumlah ramai untuk membatalkan atau meminda 1974 PDA, namun mereka yakin ramai yang akan menurunkan tandatangan sokongan mereka ter-hadap pemimpin politik Sarawak berani tampil bersuara demi rakyat Sarawak.

“Pemimpin Sarawak perlu berani bersuara meminta agar semua permit kerja kakitangan Petronas (dari luar Sarawak) yang bekerja di Sarawak dibatalkan, sambil menggesa PE Petronas untuk mengisi jawatan tersebut dengan warga Sarawak yang berkelayakan,” tegas mereka dalam kenyataan tersebut.