Gangguan bekalan air di Mukah pada 4-5 Oktober

0

MUKAH: Kawasan Mukah dan sekitarnya akan menghadapi gangguan bekalan air selama dua hari iaitu pada 4 hingga 5 Oktober ini.

Menurut notis gangguan bekalan air dikeluarkan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Mukah bertarikh 29 September lalu, gangguan pada tarikh dinyatakan bermula pada 9 malam hingga 5 pagi hari berikutnya.

Ini berikutan kerja-kerja penyambungan saluran paip baharu ke saluran paip sedia ada oleh kontraktor.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Petanak, Jalan Mukah-Oya, Penat, Judan dan Pekan Oya.

Sementara itu, JBALB Mukah turut mengatakan tekanan air rendah serta kualiti air bersih turut terjejas beberapa hari selepas kerja-kerja berkenaan selesai.

“Kita mohon maaf atas kesulitan dihadapi oleh pengguna sepanjang kerja-kerja tersebut dilaksanakan,” jelasnya.

Pihak berkenaan juga berusaha sedia upaya memendekkan tempoh masa gangguan tersebut.