Hampir putus tangan, kabel dibakar meletup

0
PARAH: Mangsa diberi rawatan kecemasan oleh anggota paramedik di tempat kejadian.

PARAH: Mangsa diberi rawatan kecemasan oleh anggota paramedik di tempat kejadian.

KUCHING: Seorang lelaki hampir terputus tangan selepas berlaku letupan semasa dia sedang membakar kabel dipercayai untuk mengambil besi tembaga di dalamnya, semalam.

Menurut sumber, insiden berlaku di kawasan Tabuan Melayu apabila mangsa berusia 30 tahun bersama rakannya membakar kabel tersebut sekitar jam 1 pagi.

Bagaimanapun, dikatakan berlaku letupan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak mengakibatkan tangan kanan hampir terputus.

“Mangsa dikatakan membakar kabel itu untuk mengambil besi tembaga di dalamnya. Tiba-tiba berlaku letupan sehingga terkena tangan kanannya,” kata sumber.

Melihat keadaan mangsa, rakannya segera menghubungi pihak hospital dan dikejar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.