Penganggur dipercayai rogol anak direman

0

KUCHING: Seorang penganggur dari sebuah kampung di Petra Jaya yang ditangkap selepas didakwa merogol anak kandungnya secara berulang kali sejak pertengahan tahun lepas ditahan reman untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek berusia 40 tahun itu kini dalam tahanan selama tujuh hari selepas permohonan reman diterima semalam.

“Kita memperoleh perintah reman selama tujuh hari bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu ditangkap pada pagi Jumaat selepas disyaki melakukan sumbang mahram terhadap anaknya yang berusia 18 tahun.

Remaja berusia 18 tahun itu turut disahkan mengandung tujuh minggu.

Tindakan terkutuk itu didakwa bermula Julai tahun lepas dan berterusan sehingga hampir setiap bulan.

Baru-baru ini iaitu sekitar 3 pagi, kejadian tersebut itu turut dikatakan disaksikan oleh ibunya yang tidur sebilik, namun gagal mengambil sebarang tindakan.

Wanita berusia 36 tahun itu yang turut ditangkap untuk membantu siasatan kelmarin, bagaimanapun telah dibebaskan.