Pelanggan terkejut dihidangkan daging ayam mentah

0

KUCHING: Seorang pe­langgan yang pertama kali menikmati hidangan di se­buah restoran yang terletak di tingkat bawah Kuching Sentral di sini kelmarin terke­jut apabila dia dihidangkan dengan masakan kueh tiaw tomato yang mengandungi daging ayam mentah, petang kelmarin.

Wanita dalam lingkungan usia 30-an itu yang bekerja se­bagai kerani di syarikat swasta berkata ketika itu dia sedang menikmati makan malam bersama anaknya berusia tiga tahun di restoran berkenaan namun tidak menyedari dag­ing itu masih mentah kerana ia kelihatan sudah masak sepenuhnya.

“Saya menyuap anak saya dengan makanan tersebut dan dia kemudian mengadu dia tidak dapat mengunyah dag­ing ayam tersebut dan mahu meludahnya keluar tetapi saya memarahinya kerana mem­bazir makanan dan memak­sanya untuk menelannya.

“Saya hanya menyedari daging ayam itu masih men­tah selepas saya sendiri cuba memakannya dan mendapati isi dalamnya masih sejuk lalu saya meludahnya keluar.

“Saya rasa jijik dan pada masa sama merasa kasihan dengan anak saya,” katanya.

Tambah wanita berkenaan, dia kemudian memeriksa semua daging dalam hidan­gan dan mendapati hampir semuanya masih mentah di dalam.

Dia memberitahu seorang pelayan tentang daging mentah itu dan menyuar­akan kekecewaannya namun pelayan itu hanya menjawab ‘ooh’.

Jelasnya, dia tidak mahu menimbulkan kekecohan mengenai perkara itu dan hanya membayar makanan dan minuman sebanyak RM8 tanpa menghabiskan makanan tersebut.

“Saya terkejut kerana mereka masih mengenakan bayaran dan saya tidak mahu bercakap banyak,” katanya.