Jangan persoalkan integriti polis

0

Tiada toleransi ke atas orang awam menulis tanpa bukti

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim semalam mengingatkan orang awam bahawa pasukan itu tidak akan bertoleransi dengan sebarang cubaan merendah-rendahkan integriti pasukan itu melalui laman web atau penerbitan lain.Beliau berkata penulisan yang disiarkan dalam blog atau mana-mana penerbitan perlu mengikut lunas undang-undang dan juga perlu disokong dengan fakta.

“Semua orang mempunyai hak untuk bercakap atau menulis mengenai semua perkara tetapi mesti mengikut lunas undang-undang.

“Saya, selaku ketua pasukan polis di Sabah, akan memastikan peraturan undang-undang dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

“Dan undang-undang akan dikuatkuasakan secara adil, secara saksama dan erkesan,” katanya pada sidang akhbar mengenai laporan polis yang dibuat terhadap beberapa artikel yang disiarkan dalam portal berita tempatan di sini semalam.

“Jika laporan polis dibuat, tanggungjawab kami ialah menyiasatnya, mengumpulkan fakta, mendokumentasikannya dan menyerahkannya kepada pendakwa raya berserta cadangan kami bagi tindakan lanjut,” katanya. — Bernama