Wednesday, May 12

Pertandingan bola sepak SPDP Semop di Bintangor 17-18 Sept

0

SARIKEI: Pertandingan bola sepak anjuran Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Cawangan N.36 Semop akan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Stras, Bintangor pada 17 dan 18 September ini.

SABRAN

Pengerusi SPDP N.36 Semop, Sabran Yahya berkata, pertandingan bagi merebut Piala Datuk Seri Tiong King Sing itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu murid-murid SK Nanga Stras menjalankan aktiviti mereka, terutamanya kegiatan luar kelas.

“Hasil kutipan yuran pada pertandingan ini nanti kita akan sumbangkan kepada pihak sekolah untuk membantu menampung kos pelajar Tahun Emam sekolah terbabit mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuching yang dijadualkan pada 22 September nanti.

“Pertandingan ini juga merupakan salah satu acara tahunan pihak SPDP dalam usaha untuk merapatkan lagi hubungan dengan pihak sekolah serta masyarakat setempat.

“Di samping itu, ia adalah satu saluran yang baik bagi pihak kita untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam acara sukan bola sepak dan menggalakkan golongan belia melibatkan diri dalam aktiviti sihat serta menjauhi kegiatan yang tidak berfaedah, tidak sihat dan membuang masa,” katanya.

Sabran berkata, pertandingan itu juga mampu memupuk semangat persaingan secara sihat serta bertukar-tukar pendapat di antara satu sama lain.

Pertandingan tujuh sebelah itu dibuka kepada semua penduduk Sarawak dan konsep atau sistem yang diguna pakai ialah kalah mati.

Setiap pasukan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM60 dan tarikh tutup bagi pertandingan ini ialah pada 16 September, jam 2.30 petang.

Serentak itu, cabutan undi akan diadakan bagi menentukan jadual perlawanan untuk setiap pasukan yang bertanding.

Borang penyertaan atau pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh diajukan kepada Sabran menerusi talian 013-8327285 ataupun datang sendiri ke SK Nanga Stras, Bintangor (untuk borang).