Jimisar anjurkan peraduan mewarna

0

KUCHING: Pengedar 3S rasmi kenderaan jenama Honda, Jimisar Corporation Sdn Bhd akan menganjurkan peraduan mewarna untuk kanak-kanak Ahad ini.

Peraduan adalah terbuka kepada kanak-kanak berumur antara lima hingga enam tahun bagi kategori A, tujuh hingga lapan tahun bagi kategori B manakala kategori C, sembilan hingga 10 tahun.

Setiap tiga pemenang utama bagi setiap kategori akan memenangi hadiah cenderamata daripada Honda serta wang tunai.

Peraduan diadakan sempena ‘Honda Fun Day’ bermula 24 November ini di pusat pameran Jimisar.

Selain itu aktiviti-aktiviti lain turut diadakan seperti kuiz, persembahan badut serta maskot di samping uji pandu kenderaan dan hidangan sate.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut sila hubungi 082-459322 atau layari www.honda.jimisar.com.