Ahli SABATI menghadiri taklimat SCORE

1

KUCHING: Seramai 56 ahli Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) menghadiri taklimat berhubung Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di sini, semalam.

Rombongan dihadiri isteri Ketua Menteri yang juga Presiden SABATI Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Presiden Dato Sri Empiang Jabu yang juga isteri Timbalan Ketua Menteri, Setiausaha Kehormat Datuk Dayang Morliah Awang Daud serta Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan SABATI Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar dan ahli SABATI lain.

Empiang dalam ucapannya berkata objektif taklimat adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan ahli mengenai perkembangan terkini dalam pembangunan SOCRE serta keperluan sumber manusia.

“SCORE menyediakan industri dan aktiviti ekonomi baharu yang mewujudkan sejumlah besar peluang pekerjaan dalam sektor mahir serta separa mahir.

“Pelbagai kemudahan sokongan dan perkhidmatan yang juga penting kepada kejayaan SCORE juga mampu mewujudkan banyak pekerjaan,” katanya.

Pada taklimat itu ahli-ahli SABATI didedahkan dengan perkembangan terkini mengenai SCORE oleh Pengarah Unit Perancangan Negeri Datu Ismawi Ismuni.