Dakwat kekal: Tiga individu buat laporan polis

0

KOTA KINABALU: Tiga individu membuat laporan polis mendakwa dakwat kekal yang dicalit pada jari mereka semasa mengundi Ahad lepas hilang selepas dibasuh dengan air.

Mereka yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu tengah semalam ialah Bobby Andy E Majimbun, 35, yang men­gundi di Sekolah Rendah Tick Nam, Inanam; Wong Sin Yee, 36, di Dewan Masyarakat Foh Sang, Luyang dan Pan Yin Hsia, 33, di Sekolah Menen­gah Kebangsaan Bahang, Penampang.

Ketiga-tiga mereka mendakwa dakwat itu hilang dalam tempoh kurang 24 jam selepas mengundi undi.

Wong ketika ditemui pem­berita mendakwa beliau menyedari dakwat itu hilang selepas mandi pada Ahad malam tanpa cuba menggosok atau menggunakan sabun peluntur di jari itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun ketika dihubungi berkata se­takat ini beliau belum dimak­lumkan mengenai laporan itu. — Bernama