Penghalang konkrit akan dibina di hadapan simpang masuk kompleks kediaman TLDM: Lo

0

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta membina penghalang jalan konkrit di hadapan simpang masuk kompleks kediaman Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Batu 11, Jalan Kuching-Serian di sini.

Pengerusi Majlis Perban-daran Padawan, Lo Khere Chieng keputusan itu dibuat selepas beberapa penghalang jalan kon yang dibina di situ sebelum ini patah dipercayai dilanggar oleh pengguna jalan raya.

“Jalan itu di bawah bidang kuasa JKR, tetapi saya menasihati JKR membina penghalang jalan lebih pejal seperti di bulatan Batu 3 di sini.

“Saya akan bangkitkan perkara ini pada mesyuarat majlis kerja nanti yang turut disertai wakil JKR,” katanya di sini semalam.

Beliau dimaklumkan di-sebabkan beberapa penghalang jalan sementara yang dibina patah, kemalangan sering berlaku di situ kerana kenderaan tiba-tiba membelok ke kanan tanpa menyedari pengguna lain datang dari arah Serian.

Lo percaya idea JKR membina penghalang jalan kon di situ adalah menyekat kereta atau kenderaan membelok ke kanan memasuki kawasan kompleks kediaman TLDM kerana terdapat lampu isyarat terletak hanya beberapa meter dari situ.