Ibu terkejut, pengsan lihat anak dipanah petir

0

KUCHING:

Ibu terkejut lalu pengsan selepas lihat anaknya dipanah petir ketika hujan lebat.

Ibu terkejut lalu pengsan selepas lihat anaknya dipanah petir ketika hujan lebat.

Seorang ibu pengsan akibat terkejut melihat anaknya disambar petir ketika sedang duduk di luar rumahnya semalam.

Insiden berlaku di Kampung Haji Baki di sini ketika hujan lebat sekitar jam 5.30 petang.

Menurut keluarga mangsa, si ibu ketika kejadian baharu sahaja keluar dari rumah dan melihat anak lelakinya tercampak beberapa meter dan pengsan.

“Si anak yang disambar petir itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan sedar beberapa minit selepas itu.

“Kerana terkejut melihat insiden tersebut, si ibu pengsan menyebabkan keluarganya terpaksa menghubungi ambulans,” kata sumber.

Anggota paramedik di tempat kejadian mendapati si ibu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan lagi, bumbung rumah mangsa turut mengalami kerosakan ekoran insiden tersebut.

“Keluarga mangsa memberitahu, kilat mulanya terkena bumbung rumah sebelum menyambar si anak yang sedang duduk di luar rumah,” kata sumber.