Tun Taib sambut hari jadi ke-80

0
BAHAGIA: Tun Taib memotong kek sempena sambutan hari jadinya yang ke-80. Turut kelihatan isteri dan ahli keluarganya.

BAHAGIA: Tun Taib memotong kek sempena sambutan hari jadinya yang ke-80. Turut kelihatan isteri dan ahli keluarganya.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri Majlis sambutan hari jadi beliau yang ke-80 di Dewan Undangan Negeri Sarawak malam kelmarin.

Majlis tersebut diadakan serentak dengan sambutan ulang tahun perkahwinan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib yang menjangkau usia lima tahun.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian serta Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah Embas, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, menteri-menteri  dan menteri-menteri muda serta ahli keluarga.